Dapig.

https://dapig.home.blog/

Advertisements

River of life.

View this post on Instagram

Khalid Samad baru-baru ini terpegun naik MRT yang moden. Jalan-jalan di kawasan Masjid Jamek tadi, saya terfikir dia ini pernah ke sini tidak? Masjid Jamek ini kawasan yang amat istimewa kerana di sinilah lahirnya bandar kita melalui titik pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Mungkin saya boleh jelaskan sedikit kepada Menteri. Insya-Allah dia faham dan teruskan visi saya. Salah satu daripada visi saya adalah untuk melihat potensi bandaraya Kuala Lumpur direalisasikan sepenuhnya melalui beberapa inisiatif. Saya mulakan dulu dengan projek menaiktaraf Terminal Bas Puduraya yang keadaannya sangat daif. Kemudiannya diusahakan pula pusat UTC, “Elevated Pedestrian Walkway” Bukit Bintang-KLCC, dan perkhidmatan bas GoKL yang disediakan secara percuma untuk warga kota sebagai kemudahan untuk rakyat. Saya bayangkan apabila siapnya projek MRT 1, MRT 2, MRT 3 dan LRT 3 mengikut perancangan dan jadual masa ketika Kerajaan BN, saya yakin lanskap Kuala Lumpur akan berubah menjadi bandaraya yang maju, dan mempunyai jalinan yang komprehensif. Bukan lagi sebuah bandaraya yang tidak teratur dan tidak mesra rakyat. Namun ada satu perkara yang kita tidak boleh abaikan juga. Malaysia dirahmati dengan pelbagai flora dan fauna serta perairan yang cantik. Bagaimana kita boleh memelihara persekitaran kita dalam arus pembangunan? Jika kita lihat bandaraya berdaya huni di seluruh dunia, mereka ada tepian air atau sungai yang dimanfaatkan untuk tarikan ekonomi atau daya boleh huni. Misalnya Thames River di London. Maka, projek River of Life dilaksanakan agar Kuala Lumpur juga boleh menjadi bandaraya yang berdaya huni tinggi dan penduduknya mempunyai kualiti hidup tinggi. Untuk 2 sebab – ekonomi rakyat dan daya huni (livability). Sungai Gombak dan Sungai Klang dibersihkan mengikut fasa dan diberi nafas baru sebagai Pusat Warisan dan Komersial bagi Greater Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar, tetapi lebih penting sekali ia mewujudkan satu sistem ekonomi setempat dengan River of Life sebagai tarikan pelancong. Siapa yang pernah berkunjung ke sini pada waktu malam, tentu faham maksud saya.

A post shared by Dato NajibRazak Fan's (@najib_razakfans) on